Isnin

Bahaya Makan Ikan Keli

4 October 2007 oleh ImamKhalid
Sekadar menyampaikan pesanan, sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Begini kisahnya:

ikp-(Tidak menjadi hal..dan tulisan ini juga telah diperkuatkan untuk menjelaskan sedikit sebanyak yang mempunyai permasaan denganya)

Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.

ikp-(Wow ter eternet la pulak)

Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.

ikp-(Tang berkilo-kilo tu yang syok tu...hari ada lagi tak tempat tu. Pancing memancing tu hobi antara yang ke dua puluh empat saya)

Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.
ikp-(Kira betul la tu..sahih)

Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

Ikan keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, sembilang dan sebagainya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.

Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insya-Allah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia juga memang tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

ikp-(Sukar juga untuk diperkatakan demikian, di Malaysia itulah rata yang menyatakan tentang keli. Berbeza di lain negara menyebut pasal sakit pada sendi ianya terhadap sebahagian khasiat keli mampu merawatnya. Sejauh mana kebenaranya sama2 lah kita tunggu hasil dari jawapan sainstis Malaysia)

Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima, dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur. Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari.

ikp-(Bercakap tentang keenakan atau sedapnya ikan keli ini memang nombor satu dikalangan warga jawa. Mereka lebih memahami ikan jenis ini dan ada juga yang mengatakan ianya setanding belut yang mempunyai khasiatnya tersendiri)

Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri. Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam.

ikp-(Dalam tubuh badan kita yang mana punca penhadaman kurang ian juga punca permasalahan. Dan mengenai hari-hari pemakanan yang diambil....agaknya jawapan sebergini, sebagai contoh dalam tubuh kita kurang gula boleh mendatangkan masalah namun gula yang berlebihan juga mendatangkan masalah. Jadi mengikut cerita ini permasalahan timbul bukan kerana faktor ikan tapi adalah kesilapan mengatur pemakanan kurang tepat. Iya dak)

Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen untuk disapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya tidak demam.

ikp-(No komen cuma simpati apa yang anda alami)

Pada 3 Ogos saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada anak saya. Saya berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam. Ia memang pelik.

Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.

Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan daun-daun tertentu.

ikp-(Mungkin juga ada benarnya bisa ikan keli itu)

Setelah mengetahui kedudukan perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar anak saya ini untuk mandi ubat di rumah isteri arwah guru saya pada 24 dan 25 Ogos 2007. Sepanjang tempoh menunggu mandi ubat ini, ruam pada badan anak saya ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun ikan keli pada badan anak saya pulih.

30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat lagi.

Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama kira-kira sebulan. Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.

ikp-(Alhamdulillah, atas kebesaran tuhan)

Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.
(ianya barangkali benar dari kajian itu namun jika ikan ini diternak secara yg lebih baiki dari segi keilmuanya maka ianya pernah dicatat sebagai bahan ubatan darinya) - Pernah dicatatkan di negara luar

Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan untuk berbincang tentang projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan bangkai ayam & palet sebagai makanan keli.

ikp-(Hal sebegini tidak harus menjadi tajuk kerana baik dan buruk itu bergantung kepada keikhlasan seseorang. Jika pengusaha tidak memikirkan keuntungan semata2 dan sedikit menyebelahi kerana Allah ta' ala dan pasti bangkai ayam & palet tak wujud dalam industri ini)

Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat ke atas keli ternak dan didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu berpunca dari palet makanan.

ikp-(Tidak dinafikan sesetengah bahan makanan itu ada yang berunsur sedemikian, namun disinilah banyak perkara yang saya lihat. Pilihan yang banyak dari pengusaha Melayu yang tidak terlibat dengan perkara tersebut susah untuk diiktiraf. Lebih menyemarakan permbuatan bukan dikalangan muslim. Ini benar kerana bahan makanan yang kami hasil penuh cemuhan kerana tidak standard kilang yang ada. Pada Kami tidak beli tak mengapa, namun jangan singgah hanya untuk mencerca kerana ini buatan orang kita)

Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga terdapat pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yang dah berhenti makan ayam, keli apatah lagi..

ikp-(Jika terbaik berhenti dari pemakan yang kita was-was sudah tentu memberi kesan kepada kita yang beragama)

Saya tak jadi ternak keli…. kat kedai pun tak lalu nak makan. Tapi ayam makan lagi, tak tahu apa nak makan… beli ikan pula ada unsur pengawet mayat..
(Suara hampa ini merugikan sendiri, kalu niat tu dah ada lawan yang mana pernah terhasil dari unsur babi kita buat bebas dari kaedah babi. Kami rasa andalah orang yang sebaik-baik umat kerana mengeluarkan peluh untuk menghasilkan makanan yakni bersih lagi halal)

Tapi ada hujah dari sahabat yang mengatakan umat islam makan babi haram, tapi ikan/ayam makan babi tak de pulak hukum… kira halal lah. Tapi bila ada DNA babi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke kawan2…

ikp-(Sudah pasti jawapanya halal. Simple n Easy jika kita lihat siapa kita dan siapa itu binatang. Sama ada otak namun daya pemikiran manusia adalah berbeza dengan binatang. So..permudahkan jangan repot2, binatang yang makan unsur babi dengan secara sendirinya tidak haram namun sebesar kuman jika ternakan diberi makan babi usah kita katakan ianya halal, 100% jawapanya haram. Sila rujuk kepada mana yang berwajib)

Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC haram… isk tak reti lah…
Oleh itu, elakkanlah makan ayam secara kerap. Sekian untuk kali ini, wassalam.

ikp-(Pasal ayam la pulak...ni dah lama saya tinggalkan setelah mendapati ayam dan cara pemrprosesanya saya ragui. Sebagai contoh :

1. Orang kampung sembelih ayam, selepas tu diolah dahulu sepertinya isi dalaman dikeluarkan dahulu than pastu dijelum dengan air panas untuk dicabut bulunya.

2. Hari ini diperlihatkan ternologi pemprosesan ayam setelah disembelih terus masuk mesin cabut bulu. Apa ceritanya ialah ayam tadi bergelumang dengan keadaan najisnya dan bergolek-golek dan hukumnya...

Kalau tak silap saya pernah soalan ini diajukan kepada yang berwajib namun tak pernah dengar pulak jawapanya, atau saya tertinggal untuk dengar. So...ape jer pasal ayam diluar sana tak terlibat.


IKANKELIPUCHONG,
Mengenai tulisan diatas rasanya pernah terbaca tulisan seperti ini namun dah lama tak ingat. Dengan tulisan ini dari pengemail yang hanya dikenali sebagai RahmatSeramat ianya mahukan tulisan ini dikupas bagi tujuan sedikit penjelasan.

IkanKeli Puchong berharap kepada penulis cerita asal ini tidak melatah bahkan bersama untuk bersama memeriahkan lagi pengetahuan berkenaan keli. Jawapan yang ada disini tidak berniat menghina atau menyinggung perasan. ianya hanya sekadar sebuah jawapan yang dikupas bagi tujuan penyuntik semangat.

Kepada penulis cerita ini saya hadiah setinggi2 doa agar kalian mendapat ganjaran besar dari yang maha esa. Insyallah...

Tiada ulasan: