MAKAN DAGING BABI Ijmak para ulama mengatakan haram makan daging babi melainkan dalam keadaan darurat. Ini berdasarkan firman Allah SWT : إنما حرم عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل به لغير الله فمن اضطر غير باغ ولا عاد فلا إثم عليه إن الله غفور رحيم “Allah hanyasanya mengharamkan kepadamu untuk memakan bangkai, darah, babi dan binatang yang disembelih untuk selain Allah. Sesiapa yang makan dalam kemudaratan tanpa melampau dan tanpa berlebih-lebihan maka dia tidak berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. (173 : al-Baqarah)
Najisnya zat babi Ulama Hanafi, Syafie dan Hambali telah bersepakat bahawa zat babi adalah najis. Demikian juga semua yang terpisah darinya seperti peluh, air liur dan maninya. Ini berdasarkan Firman Allah SWT : قل لا أجد فيما أوحي إلي محرما على طاعم يطعمه إلا أن يكون ميتة أو دما مسفوحا أو لحم خنزير فإنه رجس “Katakanlah hai Muhammad, tidak ada aku dapati dalam wahyu yang diturunkan kepadaku perkara yang haram dimakan melainkan bangkai, darah yang mengalir atau daging babi ; sesungguhnya ia adalah najis.” (145 : al-Anam) Ulama mazhab Maliki menyatakan bahawa zat babi yang hidup tidak najis.
Kulit babi, adakah boleh disamak? Sepakat para ulama 4 mazhab menyatakan bahwa kulit babi tidak boleh dibersihkan dengan samak. Sebahgian ulama seperti Abi Yusuf dan pendapat yang tidak masyhur dalam mazhab Maliki menyatakan kulit babi bersih bila disamak. Dr Yusuf Qardawi cenderung dengan pendapat ini dalam kitabnya Halal wal Haram.
Cara membersihkan benda yang terkena jilatan babi Ada tiga pendapat : 1) Mazhab Syafie dan Hambali mengatakan perlu membasuhnya 7 kali dan salah satunya dicampur dengan tanah. Ini dikiaskan dengan hukum jilatan anjing yang disebut dalam hadis. 2) Mazhab Hanafi berpendapat perlu membasuhnya 3 kali. 3) Mazhab Maliki berpendapat tidak najisnya benda yang terkena jilatan babi.
Hukum jual beli Babi Ijmak Ulama mengatakan bahawa tidak sah jual beli babi. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW : إن الله تعالى ورسوله حرم بيع الخمر والميتة والخنزير والأصنام “Sesungguhnya Allah SWT mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.” (Hr Bukhari dan Muslim – sahih)
Orang kafir ahli zimmah yang membelanya Para fuqaha bersepakat bahawa orang kafir ahli zimmah boleh membela babi selagi mana ia tidak bersifat terang-terangan. Ulama Syafie menyatakan bahwa orang kafir ahli zimmah tidah boleh membela babi secara terang-terangan sekiranya tempat yang ada orang-orang Islam. Adapun tempat yang hanya ada orang kafir, boleh membelanya secara terang-terangan.
Menarik tentang babi Syeikh ad-Damiri berkata : “Kalau dikorek salah satu mata babi ia akan mati cepat. Kalau diikat bersama himar dengan kuat, kemudian himar kencing pasti babi akan mati. Babi bercampur diantara ciri binatang buas dan binatang ternakan. Ciri binatang buas adalah taring dan makan bangkai. Ciri binatang ternakan adalah bentuk tapak kakinya dan memakan rumput.”
Mimpi babi Mimpi jumpa babi menunjukkan kepada kejahatan, kepayahan hidup dan kemuflisan. Mimpi babi betina menunjukkan mendapat zuriat yang banyak. Siapa yang mimpi naik babi , maka dia mendapat harta dan mengalahkan musuh.
Pandangan orang melayu pada babi Setengah orang melayu tidak menyebut babi dan meyebut khinzir sedangkan tidak ada hukum menyatakan haram menyebut babi. Setengah orang melayu juga menyebut ba alif ba ya, sedangkan Nabi tidak pernah menyebut kha nun zai ya ra. Mereka tidak rasa bersalah ketika mengumpat tetapi rasa bersalah bila sebut babi.
Menyentuh babi juga tidak haram. Ada orang melayu yang mengatakan pelajar veterinar pegang babi sebagai menghina Islam. Pegang najis tidak dosa. Macamana nak basuh kencing dan berak kalau tidak boleh pegang najis.
Dipetik dari : http://akhisalman.blogspot.com/ Rujukan: Mu’jam Mufahris Li Alfazul Quranul Karim, Al-Mausu’ah al-Feqhiah dan Hayatul Hayawanul Kubra oleh ad-Damiri.
Email Terbanyak Mengenai:
Soalan,
IKAN BANTUT, TAK MAHU BESAR MAKANAN IKAN MAHAL PASARAN TAK BAIK BENIH TAK BAIK, SELALU MATI Pertama sekali saya nak minta maaf atas apa yg diajukan pada saya, saya paparkan di blog ini.
Jawapanya,
IKAN BANTUT, TAK MAHU BESAR Kenapa ikan bantut, macam mana ikan bantut. Tak baik tuan2 jangan kedekut dengan ikan, biarlah lebih sikit bagi makan sbb kitakan nak hasil dagingnya.kalau hidup penuh dicatu itu pasal lah ia bantut. Bagi melaksanakan tujuan daging atau cepat besar carilah ilmu dimana kita harus kenal pemakanan khusus. Dalam tempoh 3 bulan sebenarnya ada waktu penilaian pemberian makanan. So..itu juga yang terjadi setiap benda hidup di muka bumi. Faham ye...pelan2
MAKANAN IKAN MAHAL Bro Kalau tak silap la, makanan ikan cukup banyak dipasaran baik dari pengilang mahupun home make. Lagi pun kalau mahal ia bererti apa salahnya. Namun yang pasti hari ini kajian mendapati pellet punya harga mangatasi nilai jualan ikan.
Pas tu..pandai2 la cari yang murah tapi good condition.
PASARAN TAK BAIK Kalau cakap pasaran tak baik, adalah anda yang cakap kurang baik. (Gurau jer). Idak camni encik Jai, selalunya kalau pemborong itu nak beli ia ada beberapa konsep. Pertama ia nak terus melanggan, Kedua harga borong tidak sesuai.
Apa yang jadi pasaran tak baik adalah kerana kita tidak memahami apa yang menjadi kehendak pembeli. Dan seharusnya kita sebagai pembekal harus ada kefahaman apa yang perlu diperlukan. Baru ia membuka pasaran yang tak pernah cukup. Tinjauan pasaran keli sebenarnya lebih tinggi berbanding ikan yang ada. Cuma itulah yg. diperkatakan faham memahami kehendak dua belah pihak.
BENIH TAK BAIK, SELALU MATI. Apa benih selalu mati..ehh ini boleh menyebabkan marah dan boleh ambil tindakan kepada supplier tu. Dan semua hartanya boleh dirampas.(Gurau ekk)
Sebelum tu saya nak tanya dengan jujur...siapakah kita yakni manusia yang mempu meletakan nyawa sesuatu. Di rawat penuh rapi juga mati, kadang terbiar boleh membesar macam lori. Bukan tujuan saya mempersenda namun itulah kita yang kadangkala terlalu gomok untuk memilih.
Mengapa harus mengambil benih yang tak kuat ? Mengapa pilih benih dari kalangan bukan penghasil benih ?
Kan lebih nilai jika kita mengetahui kekuatan ikan itu terletak di kebanyakan saiznya. Dan kalau jawapanya sama apakah kita letakan kehipun ikan tu sama macam diperlukan ikan.(Kena sempurna dari aspek ternakan)
Dan sepekara lagi setelah membeli dah tentu kehidupan tak sama seperti dari London ke Malaysia. Carilah altenatif yang lain seperti ubatan yang mampu merawat benih tu, macam Vita Produk...he..he.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan